Menurut laporan akhbar banjir di pantai timur khususnya Terengganu bertambah buruk.
Berdasarkan imej satelit pagi ini, hujan tertumpu di daerah Marang, Kuala Terengganu dan bahagian timur Hulu Terengganu.
Tekanan rendah ini bersambung dengan luruan angin timur laut yang bertiup dari China. Kerana di bahagian tengah dan utara China berada dalam tekanan tinggi antycyclon musim sejuk sekarang yang membiaskan angin sejuk ke selatan yang kurang tekanan.
Bulan Disember juga dijangka adalah penghujung kepada fenomena La Nina yang membawa hujan ke bahagian barat Lautan Pasifik.
Dengan pertembungan ini dijangka banjir di Terengganu khususnya akn bertambah buruk. Berbanding Kelantan dan Pahang bukan dalam zon yang terkena tekanan rendah di Laut China Selatan ini.
Pusingan La Lina telah cukup 3 tahun dan biasanya tidak akan berlaku lagi La Lina pada tahun depan.
Ada dua kemungkinan iaitu sama ada neutral atau El Nino.
Jika neutral maka keadaan di Lautan Pasifk akan kembali normal. Dan ia juga adalah waktu peralihan kepada El Nino.
Bermakna kita mungkin akan menghadapi El Nino pada tahun 2024, bukannya tahun hadapan. Fenomena El Nino ialah kurang hujan dan boleh mengakibatkan kemarau.