mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Penubuhan NADI Kg Awah

Pada bulan September 2009, di awal pertubuhan NAD Kg Awah, ia dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat NasionalKG AWAH atau singkatanya NADI. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar. Pada dasarnya,tujuan penubuhan PEDi adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.

 

Objektif Penubunan

Meningkatkan kadar penembusan jalurlebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat

Memberi tumpuan kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan. 

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet

Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang di sediakan dan aktiviti yang dijalankan di sini.