mcmc
Rekreasi & Pelancongan

KARNIVAL DARUL MAKMUR PERINGKAT DAERAH MARAN

 
 
 
 
 
MARAN, 17 FEBRUARI 2024 : YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hadir merasmikan Moh Karnival Makmur 2024 Peringkat Daerah Maran di Dataran Indera Pahlawan Chenor, di sini hari ini.
Penganjuran Moh Karnival Makmur ini juga merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk merapatkan hubungan antara masyarakat dengan pemimpin melalui program-program yang akan memberi manfaat terus kepada rakyat.
Menerusi Belanjawan Negeri Pahang 2024, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM5 juta ringgit bagi menjayakan karnival ini yang dilaksanakan di setiap daerah, pada setiap bulan, bermula pada bulan Januari sehinggalah bulan Disember tahun ini.
Penganjuran Moh Karnival Makmur di Maran ini merupakan penganjuran kedua pada tahun ini, selepas penganjuran pertama di Lipis pada bulan lalu.
Manakala pada bulan Mac nanti, karnival ini akan diadakan pula di daerah Jerantut.
“Tahniah kepada Pejabat Daerah dan Tanah Maran dan Majlis Daerah Maran kerana telah berjaya menganjurkan karnival ini yang dapat memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat”, katanya.