mcmc
Maklumat Am

PERSEDIAN SEBELUM BANJIR

PAMPLET BANJIR MS DEPAN 312x2302x

 

PAMPLET BANJIR MS DEPAN 312x2302x

 

Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

-Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda

-Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan     banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.

-Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis.Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak msauk melaluinya.

-Pastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.

-Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya

-Pastikan seluruh keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.

-Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keaadan baik.

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

-Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.

-Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat

-Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air

-Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas.

-Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting.

SEMASA BANJIR –  SEMASA PEMINDAHAN

-Apabila menerima arahan,segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

-Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.

-Ikut laluan yang di tentukan,laluan lain mungkin terhalang banjir

SEMASA BANJIR – DIDALAM KENDERAAN

  • -Jika kenderaan anda tersangkut,kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
  • -Jangan terus mengharungi kawasan banjir,Hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

SEMASA BANJIR-DI DALAM RUMAH

-Dengar pengunguman melalui radio,televisyen atau pihak tertentu.

-Bersedia dengan peralatan kecemasan

-Jika mendapat amaran untuk berpindah,segera lakukan.