Makanan merupakan sebahagian penting musim perayaan. Namun demikian, kita mesti mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan kita dan tidak harus melupakan kesihatan badan. Menjelang Bulan Syawal, mari kita amalkan gaya pemakanan dan gaya hidup sihat. Berikut adalah 5 tips pada musim raya ini:
1. Tingkatkan pengambilan cecair
Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air penting untuk mengawal suhu badan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Pengambilan air juga dapat kurangkan selera makan. Elakkan pengambilan minuman manis dan berkarbonat.
2. Kurangkan kelajuan mengunyah
Mengunyah makanan secara perlahan penting untuk mengelakkan masalah penghadaman makanan. Amalan mengunyah dengan cepat akan meningkatkan selera makan dan berat badan anda.
3. Amalkan gaya hidup aktif
Senaman dapat mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan badan. Senaman juga penting untuk mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.
4. Pastikan anda mengambil sarapan pagi
Kepentingan sarapan pagi sering diabaikan. Sarapan pagi penting untuk mengawal berat badan dan paras gula darah. Apabila kita tidak mengambil sarapan pagi, selera makan akan meningkat dan pengambilan kalori yang berlebihan akan terjadi.
5. Awasi pemakanan anda
Jaga pemakanan anda menjelang musim perayaan ini. Jangan makan secara berlebihan. Amalan pemakanan yang sihat dapat kita terapkan dalam kehidupan seharian dengan menambahkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengurangkan makanan yang memudaratkan kesihatan: